DIHARAPKAN HUBUNGAN INI DAPAT DITERUSKAN PADA MASA HADAPAN.......

Posted at 08:30 pm by bbam
Permalink
Jom Sertai Program BBAM !
Pihak kami mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan siswa dan siswi sekalian dalam program yang telah di susun di sekitar kampus anda.................
"KEHADIRAN ANDA DIRAI,PERJUANGAN ANDA DINANTI"
Baca Lagi
Posted at 06:34 am by bbam
Permalink
KENYATAAN BERSAMA MAHASISWA ISLAM
PERSIDANGAN AKHBAR
TUNTUTAN MAHASISWA BERKENAAN GEJALA MURTAD DI MALAYSIA
MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA, PETALING JAYA, 9 NOVEMBER 2006
Kami menuntut bahawa :
- Agenda murtad dikategorikan sebagai satu jenayah dan tidak boleh berkompromi
Tragedi Natrah yang berlaku pada tahun 1950an, disusuli dengan kes Hartina Hj Kamaruddin, Nor Aishah Bukhari, Ayah Pin, Mohd Kahar (rasul palsu), Lina Joy dan banyak lagi mestilah dianggap sebagai satu jenayah dan ancaman yang besar terhadap umat Islam di Malaysia. Ia bukan hanya jenayah terhdap agama Islam tetapi juga jenayah terhadap Perlembagaan Malaysia.
Justeru, kami mahasiswa Islam menuntut pihak kerajaan mestilah memikirkan dan melaksanakan pelbagai usaha demi membanteras jenayah ini termasuk penggubalan undang-undang hukuman murtad yang khusus.
- Pergerakan memurtadkan orang Melayu Islam mestilah dihalang
Kami yakin bahawa beberapa pergerakan yang bergerak secara halus dan sistematik sedang giat dijalankan untuk memurtadkan orang Melayu Islam di Malaysia. Tambahan pula, gerakan yang menjunjung tema-tema dan semangat yang bertentangan dengan Islam seperti Inter-Faith Comission (IFC), gerakan Artikel 11, pluralisme, gerakan Artikel 121 (1A) dan gerakan ajaran sesat mestilah dihalang dari melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan ‘aqidah umat Islam.
Kami menuntut agar penggembelengan usaha pihak berkuasa mestilah dijalankan secara tegas dan konsisten supaya keamanan dan keharmonian sesama bangsa dan agama dapat dijaga dan dipelihara.
Baca Lagi.....
Posted at 05:35 am by bbam
Permalink

Sdr Meor Isfandi Meor azizan
Pengerusi Barisan Bertindak Anti Murtad (BBAM)
Salam Perjuangan!
Semoga Syawal kali ini tidak menjadikan diri dan jiwa ummah sekalian semakin lesu dan pasrah serta leka akan kemewahan duniawi lantas terus melupakan pelbagai tekanan dan situasi yang semakin menekan mental dan jiwa umat Islam. Pada saat genting ini, kita digegarkan dengan berita amat mengecewakan dan menghampakan kalian yang begitu sayangkan agama bak kata Sukarno di dalam pembentukan Pancasila bahawasanya bumi Indonesia kini telah bebas dengan berkat kalimah agung 'ALLAHUAKBAR'.
Berita berkenaan agenda pemurtadan ummah semakin menular sehingga ada segelintir makhluk yang tiada tahu bersyukur begitu berani mengisytiharkan murtad daripada agama melalui saluran yang sah di sisi undang-undang. Seolah-olah terdapat satu 'tangan' yang membenarkan murtad daripada agama.
Justeru, wahai generasi mahasiswa Islam, Ayuh kita bangkit menjayakan misi menyelamat akidah ummat. Bak kata pepatah 'Biar putih tulang jangan putih mata'
Posted at 04:13 am by bbam
Permalink